Galeri Sejarah

Galeri Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Nangka siap secara rasminya pada awal tahun 2016 hasil kerjasama daripada semua pihak guru, staf, pelajar dan juga ibu bapa. Proses menyiapkan galeri ini mengambil masa hampir setahun. Galeri sejarah SMKGN telah dirasmikan oleh Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 12 April 2016.


Di antara objektif penubuhan Galeri Sejarah ini adalah untuk

⥁Melahirkan modal insan yang baik dan cintakan negara.
⥁Menanam sikap yang berpengetahuan sejarah di kalangan pelajar.
⥁Mewujudkan lokasi menyimpan khazanah sejarah sekolah.
⥁Menyediakan suatu tempat yang menjadi sumber rujukan pelajar bagi menimbulkan kesedaran dan keprihatinan terhadap sejarah masyarakat setempat.

Diharapkan kewujudan galeri sejarah ini memberikan suatu impak yang baik kepada pelajar-pelajar kerana sejarah tidak akan mati, ia akan terus hidup dan bernyawa malah sejarah itu akan berulang sebagai pengajaran dan peringatan kepada kita.








Pages