Mural

PENGENALAN


Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau kerohanian. 

Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat dijalankan ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah. Oleh itu, semua guru dan pelajar akan mengambil peluang ini bagi menceriakan persekitaran sekolah dan mewujudkan suasana yang kondusif semasa bekerja dalam kalangan guru.



OBJEKTIF


Antara objektif projek mural SMK Guar Nangka adalah untuk :


Mewujudkan suasana yang kondusif supaya menarik minat murid datang ke sekolah. 
Meningkatkan semangat murid-murid untuk membaca melalui kata-kata hikmah. 
Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap sekolah. 
Melahirkan generasi masa hadapan yang mengamalkan amalan membaca dalam kehidupan harian




GALERI BERGAMBAR










Pages