Kejohanan Balapan dan Padang SMKGN Kali ke 3

Kejohanan Balapan dan Padang SMKGN Kali ke-3 2017



Alhamdulillah, Kejohanan Balapan dan Padang SMKGN Kali ke-3 SMK Guar Nangka telah berlangsung dalam suasana yang meriah dengan sorakan para penyokong dan kesungguhan para peserta kejohanan berjuang mengharumkan nama rumah sukan masing-masing.

Kejohanan  ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi sesuatu acara, perkara yang lebih penting ialah kejohanan ini memberikan pendidikan secara tidak langsung kepada murid-murid dan atlet bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang rapi dan pengorbanan. Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui perjuangan yang berterusan. Kejohanan ini juga adalah landasan ke arah perpaduan, menjalin sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama yang tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah untuk membentuk sebuah masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan saling berkasih sayang.
 
Kegiatan sukan yang berterusan akan menjadi satu daripada benteng yang menjadi penghalang kepada murid-murid daripada terlibat dalam pelbagai aktiviti yang tidak sihat. Melalui latihan persiapan mental dan spiritual, seseorang atlet itu dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi. Kita harus  sedar bahawa melalui kegiatan sukan, kita mampu membangun modal insan yang berkualiti dan insan yang memiliki minda kelas pertama yang menjadi peneraju negara pada masa hadapan. Melalui kegiatan sukan bukan sahaja akan melahirkan pelajar yang sihat fizikalnya tetapi pelajar yang memiliki cergas mindanya.


Tarikh 
01 - 02 Mac 2017

Hari
Rabu - Khamis

Masa    
8.30 pagi - 4.30 petang

Tempat
Padang dan Balapan SMK Guar Nangka


Peristiwa Bergambar










 





Pertandingan Tarik Tali Antara Rumah Sukan














Pages