Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 4 & Majlis Penyerahan Wang Bantuan RM100

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan salah satu daripada program yang dijalankan di bawah sarana Ibu Bapa. Program ini dijalankan secara rutin iaitu pada setiap tahun. Sarana ini khas untuk ibu bapa bagi membolehkan ibu bapa berkongsi pendapat dan penglibatan bagi membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pembelajaran anak-anak.

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali ke-4 ini telah dilaksanakan pada 9 Februari 2018 dan telah dirasmikan oleh YB Pn Asmaiza binti Ahmad A.M.P, P.M.P.

Kehadiran ibu bapa pula adalah sangat memuaskan. Sehubungan dengan itu, penglibatan ibu bapa secara aktif dalam sarana ini diharap akan dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan murid dan juga sekolah.

 

 

NAMA PROGRAM

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 4 DAN MAJLIS PENYERAHAN WANG BANTUAN RM100

TARIKH

09 Februari 2018

MASA

3.00 - 6.00 petang

TEMPAT

Dewan Terbuka Ibnu Khaldun

ANJURAN

Pengurusan SMKGN & PIBG

OBJEKTIF

Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid.

 

Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah

 

Untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka.

 

Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan

 

untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya

 

untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan Pembelajaran

 

 


GALERI BERGAMBAR















Sessi Pendaftaran








Kehadiran YB Asmaiza
















Mesyuarat Agung PIBG 2018












Majlis Penyerahan Wang Saku RM100

Pages