SPM 2017 - SMKGN TERUS CEMERLANG

Alhamdulillah dan jutaan tahniah diucapkan kepada semua guru, staf dan lepasan pelajar-pelajar SMKGN batch SPM 2017 atas kejayaan cemerlang anda dalam peperiksaan SPM yang diumumkan pada 15 Mac baru-baru ini.

Walaupun SMKGN berada di kawasan luar bandar, namun berkat kesungguhan pelajar serta guru berjaya membuktikan mereka mampu melakukan yang terbaik. SMKGN mencatatkan peningkatan memberangsangkan dengan perbezaan GPS sebanyak 0.30 jika dibandingkan dengan keputusan pada 2016.

Kejayaan ini amat membanggakan lebih-lebih lagi ada seorang calon SPM iaitu adik Zamir yang telah berjaya mendapat keputusan 8A 1B. InsyaAllah pihak sekolah akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan berhasrat merealisasikan agar SMKGN akan terus cemerlang.
























Pages