UJIAN 1 BERMULA.. GooD LuCk!



Selamat menghadapi minggu UJIAN 1 buat semua pelajar SMKGN yang dijadualkan bermula hari Isnin (05 Mac 2018) dan berakhir 14 Mac 2018.

P.S.
Pesanan dari GURU² SMKGN..
 Moga anak² pelajar telah membuat persediaan yang rapi terutamanya alat² tulis yang lengkap dan ilmu yang cukup untuk menduduki ujian 1. Semoga beroleh kejayaan cemerlang dalam ujian 1.
 Jangan lupa datang awal ke sekolah besok dan bawalah semua alat tulis yang lengkap seperti pensel, pen, kalkulator, jam, pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa ujian 1.
 Tenang , yakin dan percayakan diri sendiri. Selalu ingatkan dalam diri bahawa anda sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan dengan baik.
 Sentiasa jaga solat, berusaha sehabis baik.. berdoa dan bertawakkal kepada ALLAH S.W.T

"...Hadiahkanlah kejayaan ini untuk ibu bapa dan guru² yang telah banyak berkorban demi anda..."




Pages