Woooww... HADIAH HARI LAHIR!

Tarikh

02 Mac 2018

Masa

8.00 - 8.20 pagi

Tempat

Dewan Terbuka Ibnu Khaldun

Anjuran

Unit Bimbingan dan Kaunseling

 


Objektif


Menginsafi bahawa kehadiran setiap pelajar merupakan rahmat dan aset kepada sekolah. Sehubungan dengan itu setiap pelajar perlu dihargai tanpa mengira latar belakang keluarga dan tanpa membeza-bezakan pelajar antara satu sama lain. 


Bagi mencapai objektif ini, unit bimbingan & Kaunseling telah menyediakan hadiah hari lahir kepada setiap pelajar yang terlibat sebagai memberi penghargaan kepada mereka.


Impak dari hadiah hari lahir, sebahagian pelajar yang terlibat terkejut apabila tiba-tiba nama mereka diumumkan sebagai penerima hadiah untuk kali ini. Mereka terpaksa tampil ke depan untuk menerima hadiah tersebut dan secara tidak langsung, keyakinan diri mereka akan dibina kerana tidak semua pelajar mampu berdiri di hadapan audience yang ramai. Idea kreatif ini telah dicetus oleh kaunselor AWESOME SMKGN cikgu Norzalina.


Diharapkan program guru penyayang ini dapat membentuk sahsiah pelajar SMKGN, mewujudkan perasaan cinta kepada sekolah dan merapatkan hubungan erat antara guru dan pelajar









Pages