Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah 2017

Pada 30 Mac 2017 (Khamis), telah berlangsung Hari Anugerah Kecemerlangan SMKGN bertempat di Dewan Terbuka Ibnu Khaldun. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Setia Mejar Jeneral Dato' Azmi bin Haji Yahya selaku Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Majlis tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Objektif Hari Anugerah Cemerlang diadakan adalah untuk memberi penghargaan oleh pihak sekolah dan PIBG kepada para pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Ketibaan para tetamu jemputan, ibu bapa dan tetamu kehormat bermula seawal jam 8.00 pagi. Alhamdulillah sessi pendaftaran kehadiran para jemputan dapat dilaksanakan dengan lancar.

GALERI BERGAMBAR

































Secara keseluruhannya, Majlis Hari Anugerah Cemerlang ke-39 pada tahun ini  telah disempurnakan dengan jayanya  , hasil  usaha gigih dan kerjasama semua warga sekolah  SMK Guar Nangka dari peringat awal hingga akhir dan berjaya mencapai objektifnya.

Pages