Tahniah Skuad Tinju dan Team Olahraga SMKGN!

SKUAD TINJU


Sekalung tahniah kepada skuad Tinju SMKGN yang telah mewakili negeri Perlis ke Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan pada 27 hingga 31 Mac 2017 bertempat di  Mydin Gong Badak, Kuala Nerus, Terangganu. Skuad tinju sekolah yang diwakili oleh Che Mat, Hasif, Amirul dan Farihin telah berjaya membawa pulang 1 emas, 1 perak dan 2 gangsa bersama-sama dengan skuad tinju dari sekolah lain yang turut mewakili negeri Perlis. Paling membanggakan Farihin telah berjaya menyumbangkan 1 pingat gangsa dalam kategori 48 kg. Ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada En Hamzah yang tidak jemu-jemu melatih anak-anak SMKGN dalam sukan tinju. 






TEAM OLAHRAGA

Sekalung tahniah kepada Team Olahraga SMKGN yang telah berjaya menyumbangkan 1 pingat gangsa dalam kejohanan sukan dan balapan MSSPS yang berakhir 31 Mac 2017. Syabas kepada Mohd Firdaus bin Aziz kerana berjaya merangkul gangsa dalam acara oktatlon.


Pages